Djokovic main tarik tali penyertaan di Terbuka Australia - Utusan Malaysia

Djokovic main tarik tali penyertaan di Terbuka Australia

NOVAK DJOKOVIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Novak Djokovic me­negaskan, dia tidak akan membuat keputusan muktamad berhubung penyertaannya dalam kejohanan tenis Terbuka Australia pada Januari depan, sehinggalah syarat rasmi pe­nyertaan diumumkan.

Pemain No. 1 dunia itu masih belum mendedahkan status vaksinasinya dalam usaha merangkul kejuaraan keempat berturut-turut, yang akan berlangsung di Melbourne.

Minggu lalu, Perdana Menteri Australia berkata, pemain yang tidak divaksin dibenarkan untuk menyertai kejohanan itu dengan syarat mereka perlu menjalani pengasingan kendiri selama dua minggu.

“Saya akan memutuskan sama ada pergi ke ke sana atau tidak selepas melihat kenyataan rasmi daripada Tenis Australia.

“Apabila syarat-syarat rasmi untuk pergi dan bermain di Australia sudah dikeluarkan, barulah saya fikirkan langkah seterusnya.

“Ramai pemain akan datang ke sana.

“Anda tahu, situasi sekarang sudah banyak berubah di ­Australia dan negara tersebut juga merupakan sebahagian daripada dunia,” kata Djokovic menjelang saingan Paris Masters 2021.

Tahun lalu, pemain Serbia itu dijangkiti wabak Covid-19, selain meminta maaf selepas mengadakan kejohanan amal di negara kelahirannya tanpa sebarang garis panduan mahupun penjarakan sosial.

Dia juga tidak beraksi sejak tewas kepada Daniil Medvedev pada perlawanan akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS), September lalu, namun berazam untuk menutup tirai 2021 dengan mengekalkan kedudukan selaku pemain No. 1 dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya