fbpx

23 Mei 2022, 3:31 pm

  TERKINI

City terus hambat Chelsea

PEMAIN Manchester City meraikan gol pembukaan Ilkay Gundogan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester City mengatasi cuaca buruk akibat salji tebal untuk menumpaskan West Ham 2-1 hari ini, sekali gus terus memberi tekanan kepada pendahulu, Chelsea.

Ilkay Gundogan meletakkan juara bertahan itu di depan pada minit ke-33 sebelum Fernandinho menggamatkan Stadium Etihad dengan gol kedua pada minit terakhir.

Ketika permainan hanya menunggu masa untuk ditamatkan, West Ham merapatkan jurang menerusi Manuel Lanzini, empat minit memasuki waktu kecederaan.

FERNANDINHO menyumbat gol kedua Manchester City pada minit terakhir

Jaringan itu bagaimanapun gagal merubah nasib Hammers yang mengalami kekalahan kedua berturut-turut, sebaliknya melonjakkan City ke tangga kedua liga.

Dalam satu lagi perlawanan, Ivan Toney kembali menghantui bos lamanya, Rafael Benitez apabila menyempurnakan sepakan penalti untuk membantu Brentford menumpaskan Everton 1-0.

Kekalahan itu memanjangkan rekod tanpa kemenangan Everton kepada tujuh perlawanan, sekali gus memberi tekanan buat Benitez yang akan berdepan bekas pasukannya, Liverpool, Rabu ini.

IVAN Toney meraikan gol kemenangan Brentford menerusi sepakan penalti ketika menumpaskan Everton.

Dalam aksi di Stadium King Power, James Maddison menjadi inspirasi Leicester ketika membenam Watford 4-2, sekali gus merosakkan kepulangan Claudio Ranieri.

Pemain tengah England itu meledak satu gol dan melakukan dua gerakan jaringan buat Jamie Vardy, sekali gus membawa The Foxes menghampiri kelompok enam terbaik.

JAMIE Vardy (kiri) meledak dua gol ketika membantu Leicester menewaskan Watford 4-2.

Bagi Watford, kekalahan itu amat mengecewakan pengurus mereka, Ranieri yang dipecat oleh Leicester pada 2017, sembilan bulan selepas membimbing mereka muncul juara liga. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI