Azurin cari pengalaman 'mahal' di India - Utusan Malaysia

Azurin cari pengalaman ‘mahal’ di India

NURUL AZURIN MAZLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Demi mencari pengalaman antarabangsa, penjaga gol skuad bola sepak wanita negara, Nurul ­Azurin Mazlan dikatakan menerima tawaran untuk beraksi bersama sebuah kelab, yang akan bersaing dalam Liga Amatur di India.

Biarpun baru berusia 21 tahun, Nurul Azurin menyahut cabaran untuk beraksi selama dua bulan bersama kelab ber­kenaan yang akan menyediakan penginapan, makan dan tiket kapal terbang.

Menurut sumber, pemain kelahiran Klang itu menerima tawaran tersebut demi mengejar cita-cita beraksi di luar negara.

“Ini penjaga gol wanita Malaysia (menunjukkan gambar). Dia dapat tawaran Liga Amatur di India. Diberi penginapan, makan dan tiket pesawat.

“Liga dua bulan sahaja. Demi mengejar cita-cita untuk bermain di liga luar dia terima tawaran tersebut.

“Hai-O (bekas pemain kebangsaan, Hairuddin Omar) ada menaja makanan kepada Azurin,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

HAIRUDDIN OMAR

Mengikut kontrak, Azurin perlu beraksi bersama kelab yang berpangkalan di Bengaluru, India itu bermula 1 Disember ini hingga 10 Februari 2022.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Azurin enggan mengulas perkara tersebut kerana tidak mahu mendahului kelab.

“Betul (dapat tawaran) tapi kita belum boleh dedah selagi kelab tak dedahkan,” katanya.

Azurin antara tonggak Mala­yan Tigress ketika menewaskan Palestin 2-0 dalam aksi Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia Wanita 2022, September lalu.

Sementara itu, Hai-O mengesahkan mahu menaja Azurin menerusi produk keluarannya berkonsepkan ‘sedia dimakan dan sedia dimasak’ iaitu sambal DuoBotak serta pes Adeq­Sue.

“Ya memang saya ingin bantu agar dia boleh berlatih dan ber­aksi dengan baik tanpa perlu memikirkan tentang makanan di sana.

“Lagi pun, dengar cerita dia tidak dapat elaun di sana tapi sanggup berkorban demi meraih pengalaman dan mengejar cita-cita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya