Amukan Mbappe bawa Perancis ke Piala Dunia 2022 - Utusan Malaysia

Amukan Mbappe bawa Perancis ke Piala Dunia 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kylian Mbappe meledak empat gol untuk mengetuai amukan Perancis yang membelasah Kazakhstan 8-0, sekali gus mengesahkan tiket Piala Dunia 2022 buat juara bertahan itu, awal pagi tadi.

Karim Benzema turut meledak dua jaringan, manakala Adrien Rabiot serta Antoine Griezmann masing-masing menambah satu gol untuk membolehkan Les Bleus berpesta di Parc des Princes.

Mbappe menyempurnakan hatrik pertamanya bersama skuad kebangsaan dalam tempoh 32 minit bagi memberikan kelegaan kepada pengendali pasukan, Didier Deschamps yang menyasarkan untuk layak lebih awal.

KARIM Benzema meraikan jaringannya ketika Perancis membelasah Kazakhstan 8-0 di Paris.

“Sasaran utama adalah melayakkan diri tetapi kami melakukannya dengan bergaya, anda boleh lihat keseronokkan pemain dapat beraksi bersama,” kata Deschamps yang membawa Perancis mengungguli Kumpulan D.

Sementara itu, pasukan No. 1 dunia, Belgium turut mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2022 selepas menumpaskan Estonia 3-1 di Brussels untuk mendahului Kumpulan E.

Christian Benteke membuka jaringan tuan rumah sebelum Yannick Carrasco dan Thorgan Hazard melengkapkan kemenangan mereka.

Christian Benteke membawa Belgium layak ke Qatar 2022.

Belanda pula mensia-siakan kelebihan 2-0 sebelum seri 2-2 berdepan Montenegro di Podgorica.

Bermakna skuad Oranje perlu menang berdepan Norway awal pagi Rabu ini untuk mara ke Piala Dunia pertama sejak 2014. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya