Tiada kompromi gurauan berunsur seksual - Utusan Malaysia

Tiada kompromi gurauan berunsur seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebarang perbuatan, percakapan walaupun sekadar gurauan berunsur lucah atau seksual melibatkan atlet Malaysia dipandang serius oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau tidak boleh menerima perkara itu dan memandang serius isu berkenaan kerana melibatkan keselamatan serta kebajikan atlet.

“Gurauan berkenaan rogol atau berunsur seksual tidak boleh diterima sama sekali dalam apa jua keadaan.

“Apa yang menjadi keutamaan saya dan pihak KBS adalah keselamatan dan kebajikan atlet kita,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebook semalam.

Semalam, ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong berkongsi pengalaman di Twitter berkaitan isu lawak lucah melibatkan jurulatihnya.

Dia mendedahkan, pernah dibuli jurulatih berkenaan ke­rana tindakan beraninya menegur sikap individu tersebut yang membuat lawak lucah terhadap penerjun negara.

Kata Pandelela, pengajaran daripada isu tersebut, kita memerlukan pemimpin terbaik yang mampu memperbaiki kesalahan dan bukannya menutup mata kepada kejahatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.