Shebby pernah tolak De Paula - Utusan Malaysia

Shebby pernah tolak De Paula

Guilherme de Paula (kiri) belum membuktikan mengapa dia layak menjadi ‘pemain import’ Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh mahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui bahawa pemilihan Guilherme de Paula sebagai pemain naturalisasi adalah satu kesilapan.

Bekas tonggak Harimau Malaya era 80-an itu percaya, apa yang cuba dilakukan FAM ha­nya untuk membuktikan polisi naturalisasi, terutama De Paula adalah keputusan yang baik.

Kata Serbegeth yang mesra disapa Shebby, beliau pernah menolak De Paula untuk menyer­tai Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika menjadi konsultan bersama kelab ber­kenaan.

“Jangan FAM menggadaikan (bola sepak) negara semata-mata untuk membuktikan yang polisi naturalisasi, terutamanya De Paula adalah keputusan yang baik.

“Kita kena move on tanpa perlu memikirkan De Paula menjaringkan gol atau hatrik. Ini bukan tentang De Paula atau polisi naturalisasi tapi maruah negara.

Serbegeth Singh

“Negara kita sendiri masih mempunyai pemain dan berkaliber. Semasa saya jadi konsultan JDT dari Februari 2014 hingga Ogos 2015, saya pernah tolak De Paula menyertai pasukan kerana dia tidak mempunyai kualiti yang diperlukan.

“Bukan saya tak suka tapi tahap dia tidak capai kualiti diperlukan, namun pada 2021 FAM ambil dia sebagai naturalisasi.

“Mungkin pakar-pakar bola sepak yang ada di FAM berpandangan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Berdasarkan penilaiannya dalam dua aksi persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan, Shebby mengakui ada perkara positif ditunjukkan, terutama aksi Luqman Hakim Shamsudin serta Faisal Halim.

“Jelas Luqman memang boleh beraksi di tahap tinggi (aksi persahabatan kelas A).

“Saya nampak potensi, pergerakan, tekad dan saya rasa dia boleh membina kombinasi baik dengan Baddrol Baktiar, Faisal dalam pasukan kebangsaan,” kata bekas penasihat global Blackburn Rovers FC itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya