fbpx

Saya lebih tahu guna Ronaldo – Solskjaer

CRISTIANO RONALDO (kanan) dimasukkan pada minit ke-57 ketika Manchester United seri dengan Everton.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan, dia tidak berdepan tekanan ketika membuat keputusan sama ada perlu menurunkan Cristiano Ronaldo atau mengetepikan kapten Portugal itu dalam kesebelasan utama.

Keputusan Solskjaer mele­takkan Ronaldo di bangku simpanan ketika United seri 1-1 menentang Everton dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris, 2 Oktober sebelum rehat antarabangsa mencetus kemarahan penyokong Red Devils.

Pemain berusia 36 tahun itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa ke­dua, namun United gagal me­raih mata penuh.

Keputusan mengejut itu ternyata membuatkan Ronaldo kelihatan geram selepas dia menggelengkan kepala dan ­seperti bercakap sendirian ketika berjalan keluar padang selepas aksi tamat.

CRISTIANO RONALDO

Pengendali kelahiran Norway itu tetap berkeras mengenai keputusannya tidak menyenaraikan Ronaldo jika beliau merasakan ia adalah tepat untuk pasukan.

“Saya pengurus, saya menguruskan pemain. Saya menguruskan kelab, namun sudah tentu kita berasa senang hati jika melihatnya beraksi di atas padang kerana dia sentiasa memberikan yang terbaik dan lebih banyak kita menggunakan khidmatnya, kita akan menjadi lebih bagus.

“Dia pemain luar biasa, mempunyai penyudah yang luar biasa dan pencetak gol serta sikap profesionalnya sangat luar biasa. Sukar untuk mengetepikannya,” jelasnya.

Dengan lima gol dalam enam perlawanan sejak kembali ke Uni­ted dari Juventus pada Ogos, Ro­naldo dengan pantas membuktikan dirinya sebagai tonggak penting ketika mereka memburu trofi pertama sejak 2017.

Solskjaer turut dipersoalkan ketika dia mengeluarkan ­Ronaldo ketika United tewas 1-2 dalam perlawanan Liga Juara-Juara kepada Young Boys bulan lalu. – AFP

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN