Rossi hitung hari persaraan - Utusan Malaysia

Rossi hitung hari persaraan

VALENTINO ROSSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi semakin berdebar menghitung hari sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) sebaik sahaja musim ini berakhir di Sepa­nyol bulan depan.

Rossi, 42, antara pelumba paling berjaya dalam kejua­raan dunia dengan memena­ngi 89 gelaran (MotoGP/500cc) sepanjang kariernya.

Selepas 25 tahun berlumba, dia akan menutup kariernya bersama pasukan Petronas SRT Yamaha di Grand Prix (GP) Valencia, 14 Oktober ini.

GP Emilia Romagna ming­gu depan pula menjadi penampilan terakhir Rossi di laman sendiri di Misano, Itali yang hanya terletak 14 kilometer dari bandar kelahirannya, Tavullia.

Penganjur menambah 10,000 tiket untuk perlumbaan itu bagi memberi peluang kepada lebih ramai peminat menonton aksi terakhir wira mereka.

VALENTINO ROSSI

“Saya agak paranoid terhadap Valencia. Saya rasa, saya belum bersedia untuk bersara.

“Ketika mengumumkan perkara tersebut (hasrat bersara) di Austria (GP Styria, 8 Ogos) ia tidaklah terlalu mengganggu saya.

“Bagaimanapun, semakin dekat perlumbaan di Valencia, keadaan menjadi bertambah sukar ke­rana hidup saya akan berubah.

“Saya akan berhenti menjadi pelumba MotoGP. Ia tidak mudah, namun sekarang adalah waktu terbaik,” kata Rossi kepada DAZN.

Legenda motosikal Itali yang terkenal dengan julukan The Doctor itu memenangi tujuh gelaran 500cc dan MotoGP dunia di antara tahun 2001 hingga 2009, kesemuanya bersama pasukan Honda serta Yamaha.

Sejak membuat penampilan sulung pa­­da 2000, Rossi sudah­ 199 ka­li me­na­iki po­­dium, namun ke­me­na­ngan ter­akhirnya adalah di Assen 2017.

Menuju ke peng­hujung karier, dia ti­­dak meng­harungi kem­­­­pen­ yang baik.

Rossi sekadar mena­mat­kan kempen dalam ke­lompok 10 terbaik dua ka­­li mu­sim ini, selain menduduki tangga ke-21 dalam kejuaraan keseluruhan dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya