Penyokong tinggalkan stadium awal ketika United dimalukan Liverpool 5-0 - Utusan Malaysia

Penyokong tinggalkan stadium awal ketika United dimalukan Liverpool 5-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Penyokong Manchester United meninggalkan stadium beramai-ramai memasuki minit ke-65 ketika Red Devils dimalukan 5-0 oleh Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, sebentar tadi.

Mohamed Salah meledak hatrik, manakala Naby Keita dan Diogo Jota turut mencetak nama sebagai penjaring untuk memberikan kemenangan terbesar Reds ke atas musuh ketat mereka.

Bertambah malang buat United, semangat mereka untuk bangkit direntap pada minit ke-60 apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Paul Pogba dilayangkan kad merah.

Perancang utama Perancis itu melakukan terjahan dua kaki terhadap Keita hanya 15 minit selepas dibawa masuk, memaksa pemain tersebut diusung keluar padang.

Liverpool tampak ampuh di semua posisi, malah menguasai babak pertama dengan mendahului 4-0.

MOHAMED Salah menjadi pemain luar pertama meledak hatrik di Old Trafford dalam tempoh 18 tahun.

Keita mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan pantas seawal minit kelima, sebelum Jota menggandakan kedudukan 2-0 di minit ke-15.

Salah menunjukkan magisnya dengan meledak gol ketiga Liverpool pada minit ke-38 sebelum menambah jaringan keduanya ketika waktu kecederaan babak pertama.

Pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer diejek penyokong tuan rumah ketika melangkah keluar padang.

Hanya lima minit selepas separuh masa kedua bersambung, Salah melengkapkan hatriknya untuk Reds unggul di depan 5-0.

Bintang Mesir itu muncul pemain luar pertama meledak hatrik di Old Trafford dalam tempoh 18 tahun, malah dia kini menjaringkan gol dalam 10 perlawanan berturut-turut.

Cristiano Ronaldo yang tenggelam sepanjang babak pertama, meledak gol cantik pada separuh masa kesua, malangnya ia dibatalkan pengadil kerana ofsaid.

Pertahanan United yang diketuai Harry Maguire tampak amat rapuh sepanjang perlawanan, malah Ronaldo juga gagal melepasi benteng Liverpool yang ampuh.

Ini kekalahan kedua berturut-turut buat United selepas tumpas 2-4 kepada Leicester dal aksi terakhir mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.