Pandelela dibuli selepas tegur lawak lucah - Utusan Malaysia

Pandelela dibuli selepas tegur lawak lucah

PANDELELA RINONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya kerana menegur perbuatan ‘jijik’ jurulatih, ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong bagaimanapun terpaksa menanggung azab apabila dibuli oleh individu terbabit selama tujuh tahun.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu berkata, dia berani menegur kerana tidak tahan dengan lawak berbaur lucah yang sering meniti di bibir jurulatih tersebut.

Jelas penerjun berusia 28 tahun itu, setiap kali jurulatih itu membuat lawak sedemikian, beliau hanya mendiamkan diri atau berpura-pura ketawa kerana bimbang dan berasa takut.

“Dulu saya ada seorang coach (jurulatih) ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh (buat-buat gelak) sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik.  Tujuh tahun kemudian dia (jurulatih) buat (didakwa) kes rogol.

“Tapi paling sedih dalam tempoh tujuh tahun itu dia buat hal setiap tahun. Kami atlet tak boleh buat apa-apa, sebab ‘back-up’ besar dia adalah ketua jurulatih kami sendiri,” katanya menerusi Twitter, semalam.

Justeru, Pandelela berkata, pengajaran yang boleh diambil daripada kisahnya itu adalah, keperluan pemimpin yang boleh membetulkan perkara yang salah dan bukannya menutup mata kepada kejahatan atau jenayah.

“Mereka yang teraniaya mesti bersuara, suara kecil ini tetap penting sekiranya kita bersatu. Apa pun, kami sangat bertuah kerana dilindungi persatuan sukan kami, yang menjaga kami dengan baik,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya