Newcastle mahu 'sailang' Liverpool - Utusan Malaysia

Newcastle mahu ‘sailang’ Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool bersedia menawarkan 30 juta euro (RM144 juta) untuk mendapatkan bintang tengah AC Milan, Franck Kessie.

Bagaimanapun mereka kini berdepan masalah baharu apabila kelab yang ‘tiba-tiba’ mendapat sumber kewangan tanpa had, Newcastle United turut berminat dengan pemain antarabangsa Ivory Coast itu.

Menurut laporan Tuttosport, Kessie, 24, antara pemain utama yang mahu dibeli Newcastle pada pasaran perpindahan Januari nanti.

Selepas diambil alih oleh pemilik kaya yang diketuai konsortium dari Arab Saudi awal bulan ini, The Magpies mempunyai wang yang banyak untuk membeli pemain.

Kontrak Kessie bersama Milan akan tamat hujung musim ini, dan dia sudah menarik minat Reds sejak beberapa bulan lalu.

Berita Newcastle turut berminat mendapatkan pemain itu kini meresahkan Liverpool kerana mereka tidak bersedia berbelanja lebih daripada 30 juta euro.

Akhbar El Nacional di Sepanyol melaporkan, Liverpool sudah menyuarakan minat terhadap Kessie dan sanggup membayar harga tinggi.

Bagaimanapun, jika Newcastle menawarkan harga jauh lebih lumayan ia pasti menjejaskan peluang mereka.

Kessie kini mempunyai pilihan yang menarik – menyertai kelab yang sememangnya calon untuk menjulang trofi atau pasukan yang memiliki projek baharu dengan disokong sumber kewangan yang besar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya