Newcastle buru 4 pemain MU - Utusan Malaysia

Newcastle buru 4 pemain MU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Newcastle yang ‘ghairah’ memburu bintang selepas diambil alih pemilik kaya dari Arab Saudi mengintai empat pemain yang jarang digunakan Manchester United pada jendela perpindahan, ­Januari nanti.

Menurut akhbar The Mirror, penyerang Perancis, Anthony Martial menjadi sasaran utama The Magpies, selain Eric Bailly (pertahanan tengah) dan dua pemain tengah, Donny van de Beek serta Jesse Lingard.

Martial, 25, jarang mendapat tempat dalam kesebelasan Red Devils dan kehadiran Cristiano Ronaldo meletakkan kedudukannya semakin ‘bahaya’, kata bekas penyerang United, Dimitar Berbatov.

Selain Ronaldo, 36, United memiliki penyerang seperti Marcus Rashford, Mason Greenwood dan Edinson Cavani membataskan peluang pemain Perancis itu untuk lebih kerap beraksi.

Peluang Newcastle untuk mendapatkan empat pemain United tersebut dalam pasaran Januari 2022 terbuka luas kerana mereka jarang diberi peluang mengisi kesebelasan utama.

Sementara itu, legenda United, Rio Ferdinand percaya, Newcastle harus menjadikan pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai sasaran berbanding bintang luar.

Selain Lingard, Newcastle seharusnya menyasarkan Raheem Sterling dan Declan Rice.

DECLAN RICE

“Kalau saya, saya akan cuba buat beberapa pembelian baharu yang mungkin boleh direalisasikan.

“Saya akan cari Raheem Sterling. Dia juga jarang diturunkan dalam kesebelasan utama dan saya akan mendekati Declan.

“Mereka berdua akan berada dalam senarai dan saya akan lakukan segalanya untuk mendapatkan mereka.

“Saya juga akan mendekati pemain dalam pasukan Manchester United seperti Jesse Lingard,” katanya.

Newcastle sebelum ini dikaitkan dengan bintang penyerang Paris Saint-Germain (PSG), ­Kylian Mbappe dan Erling Haa­land dari Borussia Dortmund.

“Mbappe hanyalah satu impian tetapi sebagai pasukan baharu, mereka harus cuba dapatkan pemain berdekatan dahulu seperti dari Chelsea dan United,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya