KIP sasar ARRC 2022 - Utusan Malaysia

KIP sasar ARRC 2022

KHAIRUL IDHAM PAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan menjuarai perlumbaan 1 dalam Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) kelas 600cc di Litar Sepang, Sabtu lalu membangkitkan nafsu Khairul Idham Pawi untuk melangkah lebih jauh.

Hampir setahun berehat dan kembali keluar dari persaraan, Khairul Idham yang terkenal dengan julukan SuperKIP memilih untuk mencatur kariernya dalam arena sukan permotoran.

Bekas pelumba Moto2 dan Moto3 negara itu, ingin menjadikan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) sebagai langkah awal kembali ke arena permotoran antarabangsa musim depan.

“Saya akan aktif se­mula dan sedia me­nunggang jentera. Harapan nak ke ARRC, namun buat masa ini belum ada pengesahan pasukan.

“Saya sudah berkomunikasi dengan beberapa pasukan tetapi belum ada sebarang pengesahan,” katanya.

Pelumba kelahiran Perak itu, yang bersara pada penghujung 2020 kembali menyertai MSBK, mewakili TKKR Racing dan melengkapkan 10 pusingan dengan catatan 21 minit 59.034 saat (s).

Walaupun berpengalaman beraksi dalam kejuaraan itu, namun dia tetap gugup selepas hampir setahun berehat.

“Saya teruja dapat kembali berlumba). Saya akan terus ­beraksi pada baki pusingan MSBK musim ini dan mula melakukan latihan sepatutnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya