Kenapa takut selepas dizalimi? - Utusan Malaysia

Kenapa takut selepas dizalimi?

STUART RAMALINGAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menggesa pemain-pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) berani tampil membuat laporan jika mempunyai masalah, terutama berkenaan gaji atau hutang tertunggak.

Badan pengelola liga bola sepak tempatan itu memberi jaminan tidak akan mendedahkan identiti mereka yang membuat laporan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL Stuart Ramalingam berkata, jurulatih dan kakitangan pasukan boleh membuat aduan kepada badan induk itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).

“Persoalannya ialah mengapa mereka (pemain, jurulatih, pegawai) harus malu atau takut kerana ia adalah sesuatu perkara yang perlu mereka pertahankan. Mereka mempunyai hak bersuara dan kami di sini sedia untuk membantu.

“Tetapi, langkah pertama mesti dimulakan oleh mereka kerana tanpa laporan kami tidak boleh membantu atau mengenakan tindakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Jika bercakap dengan media, ia tidak akan menyelesaikan masalah mereka kerana media tidak boleh mendapatkan gaji pemain itu. Kami sentiasa bersiap sedia untuk membantu,” kata Stuart.

Ketika ini hangat diperkatakan mengenai tunggakan gaji melibatkan pemain Sarawak United yang difahamkan hampir tiga bulan. 

Lebih memburukan lagi keadaan apabila Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Datuk Posa Majais mengeluarkan kenyataan pedas apabila menempelak pasukannya sendiri kerana membuat ‘bising’ ekoran membangkitkan isu tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya