Hernandez dipenjara 6 bulan - Utusan Malaysia

Hernandez dipenjara 6 bulan

LUCAS HERNANDEZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Mahkamah Madrid menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kepada pertahanan Bayern Munich, Lucas Hernandez kerana melanggar perintah larangan atas pertuduhan keganasan rumah tangga terhadap isterinya pada 2017.

Berdasarkan kertas pendakwaan, rayuan Hernandez, 25, diketepikan oleh mahkamah jenayah di Madrid untuk mengetepikan hukuman penjara kerana melanggar arahan itu.

Dia diberi masa 10 hari bermula 19 Oktober untuk datang ke penjara ‘secara sukarela’.

Di Sepanyol, hukuman kurang daripada dua tahun biasanya tidak akan dihantar ke penjara, tetapi dalam kes ini yang juga kesalahan berulang, Hernandez diperintah menjalaninya.

Pemain itu ditangkap empat tahun lalu kerana melanggar perintah mahkamah yang melarangnya bertemu pasangan selepas kes jenayah membabitkan kedua-dua mereka.

Pada Februari 2017, Hernandez ditahan selepas teman wanitanya ketika itu dibawa ke hospital kerana kecederaan kecil selepas pergaduhan antara mereka.

Hernandez berada  dalam skuad Perancis yang memenangi Liga Negara-Negara hujung minggu lalu.

Dia menjadi pemain termahal dalam sejarah Bundesliga selepas menyertai Bayern dari Atletico pada 2019 dengan nilai 80 juta euro (RM385 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya