Faisal tunggu khabar dari Sepanyol - Utusan Malaysia

Faisal tunggu khabar dari Sepanyol

FAISAL HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pemain lincah Terengganu FC, Faisal Abdul Halim, 23, masih menunggu maklumat terperinci mengenai tawaran yang diterima daripada ejen di Sepanyol.

Katanya, walaupun sudah dihubungi ejen berkenaan, namun belum ada butiran lengkap tawaran yang mahu dikemukakan ejen tersebut atau kelab diwakili.

“Ya, ada ejen yang berpangkalan di Sepanyol menghubungi tetapi saya belum pasti hubungannya dengan kelab-kelab di Eropah.

“Kalau ada rezeki sudah ­tentu saya tidak akan menolak tawaran bermain di luar negara,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Di sebalik khabar gembira itu, Faisal mahu tumpuannya kekal kepada Terengganu FC dalam kempen Piala Malaysia terlebih dahulu selain menempatkan diri dalam senarai skuad kebangsaan ke Piala AFF, Disember ini.

“Keluarga, rakan-rakan di samping peminat banyak memberi kata-kata semangat serta mendoakan agar penghijrahan ini menjadi kenyataan dan jika ada peluang ke Eropah tentunya saya akan pergi,” katanya.

Faisal menjadi sebutan selepas agensinya, Estrada Sports mendedahkan dihubungi dua ejen luar negara untuk mendapatkan khidmatnya.

Prestasi baik pemain kelahiran Pulau Pinang itu ketika bersama Harimau Malaya bertemu Jordan dan Uzbekistan, minggu lalu memikat kelab luar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya