Diserang Covid-19, Negeri Sembilan tarik diri Piala Malaysia - Utusan Malaysia

Diserang Covid-19, Negeri Sembilan tarik diri Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 20 orang pemain dan empat pegawai pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) sah dijangkiti Covid-19.

Sehubungan itu, NSFC menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pasukan itu turut menarik diri daripada baki saingan Piala Malaysia untuk musim 2021.

“Dukacita dimaklumkan bahawa seramai empat pegawai dan 20 pemain NSFC telah sah dijangkiti Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin wajib di rumah serta dipantau oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Ujian pengesanan Covid-19 scara berterusan sedang dilakukan bagi kontak rapat para pemain dan pegawai NSFC yang terlibat,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut lagi, keputusan untuk menarik diri daripada saingan Piala Malaysia musim ini adalah demi menjaga keselamatan semua pihak serta mengambil nasihat yang diberikan oleh doktor pasukan.

“NSFC ingin memohon setinggi-tinggi kemaafan kepada para penyokong pasukan kerana hal ini turut menyebabkan pembatalan perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC yang sepatutnya diadakan pada 20 Oktober 2021 dan pasukan NSFC tidak dapat meneruskan baki saingan Piala Malaysia untuk musim 2021.

“Pihak NSFC juga berharap agar para penyokong memberikan sokongan dan mendoakan kesejahteraan para pemain dan pegawai pasukan,” kata kenyataan itu lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya