Chelsea bayar harga tinggi untuk menang - Utusan Malaysia

Chelsea bayar harga tinggi untuk menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea mempamer aksi sempurna apabila membenam Malmo 4-0 dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Bagaimanapun, kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi selepas dua penyerang mereka, Romelu Lukaku dan Timo Werner mengalami kecederaan.

Selepas kalah 0-1 kepada Juventus dalam perlawanan terakhir, Thomas Tuchel mengkaji permainan Malmo dan memenuhi jangkaan apabila tidak memberi ruang kepada kelab Sweden itu.

JORGINHO (kiri) meledak dua gol menerusi sepakan penalti.

Dua gol pada setiap babak, termasuk dua sepakan penalti Jorginho memastikan tiga mata buat Blues, yang kini menghuni tangga kedua Kumpulan H dengan tiga mata di belakang Juventus.

Lukaku terkehel buku lali selepas diterjah pemain lawan di pertengahan babak pertama, manakala Werner mengalami kecederaan hamstring sebelum permainan separuh masa berakhir.

Kai Havertz masuk mengetuai serangan pada babak kedua, manakala Callum Hudson Odoi dan Mason Mount mengisi bahagian sayap.

THOMAS Tuchel (kanan) menenangkan Romelu Lukaku yang dikeluarkan pada babak pertama akibat kecederaan.

Biarpun berdepan dua kecederaan tonggak, Tiada apa yang mampu menyekat Chelsea sebaik sahaja Andreas Christiansen membuka jaringan seawal minit kesembilan.

Jorginho menggandakan kedudukan Blues menerusi sepakan penalti pada minit ke-21 sebelum Havertz meledak gol ketiga di minit ke-48 hasil gerakan cantik Odoi.

KAI Havertz meraikan gol ketiga Chelsea bersama Callum Hudson Odoi.

Sembilan minit berselang, Jorginho melengkapkan kemenangan 4-0 Chelsea di Stamford Bridge, sekali lagi menerusi sepakan penalti.

“Romelu terkehel buku lali ketika dikasari dalam kotak penalti dan Timo mengalami kecederaan hamstring.

“Kami perlu menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap kedua-dua pemain, namun yang pasti mereka akan terlepas beberapa perlawanan,” kata Tuchel.

Tuchel turut mempertahankan keputusannya menurunkan Lukaku dalam kesebelasan utama biarpun penyerang Belgium itu tampak keletihan beraksi dalam jadual yang padat.

“Ia satu keperluan untuk Romelu berada di atas padang dan dia bermula dengan baik. Saya bercakap dengannya mengenai situasi ini, saya fikir dia boleh mengatasi isu keletihan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya