fbpx

Bottas akhirnya rasai nikmat kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Selepas sering dibayangi oleh rakan sepasukan, Lewis Hamilton, pemandu Mercedes, Valtteri Bottas akhirnya merangkul kejuaraan Formula Satu (F1) pertamanya musim ini dengan menakluk Grand Prix Turki, sebentar tadi.

Berakhirnya perlumbaan di Istanbul Park itu turut menyaksikan pemandu Red Bull, Max Verstappen kembali merampas kedudukan pendahulu dunia.

Verstappen menamatkan perlumbaan di tempat kedua, sekali gus memintas Hamilton dengan kelebihan enam mata dalam kejuaraan dunia.

Hamilton keciciran mata penting selepas menamatkan saingan di tangga kelima.

Seorang lagi pelumba Red Bull, Sergio Perez, melengkapkan podium di tempat ketiga, manakala pemandu Ferrari, Charles Leclerc keempat. – AGENSI

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI