Bos Gaurus sedia sambut Penyu - Utusan Malaysia

Bos Gaurus sedia sambut Penyu

PEMAIN Perak menjalani persiapan akhir menjelang pertemuan menentang Terengganu FC dalam saingan Piala Malaysia malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemain muda Perak FC sudah bersedia menggalas memikul tugas berat menyaingi pencabar lain dalam Kumpulan B pada baki kempen Piala Malaysia, bermula dengan menentang Terengganu FC malam ini.

Pengurus pasukan, Rashidi Abdul Rahim berkata, pemain muda Bos Gaurus menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini dan bersedia menggisi kekosongan empat import yang digugurkan.

“‘Ubi muda’ Perak sudah bersedia untuk menggegar Kumpulan B dalam baki empat perlawanan.

“Berdasarkan persembahan semasa tiga perlawanan persahabatan, saya yakin mereka boleh menjayakan misi kami untuk ke suku akhir kali ini, ” katanya di sini semalam.

Rashidi berkata, perubahan corak permainan yang diterapkan oleh jurulatih Shahril Nizam Khalil berjaya membawa kepada peningkatan pasukan.

“Pemain sudah dapat melaksanakan perancangan jurulatih dengan berkesan.

“Mereka berjaya menampilkan permainan dan menonjokan kualiti serta kematangan diri,” katanya.

Beliau berharap pemain berupaya mengekalkan momentum mereka apabila turun bertemu Terengganu FC di Ipoh, malam ini.

Pengurus Perak itu berkata, Perak mampu menurunkan barisan terkuat kerana bebas dari kecederaan.

“Tiada masalah kecederaan atau penggantungan, kita akan turun kesebelasan terbaik nanti,” katanya.

Bagaimanapun Rashidi tetap mengingatkan pemain Perak akan kelebihan Terengganu FC yang memimpin kumpulan B selepas merakam dua kemenangan berturut-turut setakat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya