Aksi Marseille, Galatasaray kecoh selepas penyokong bergaduh - Utusan Malaysia

Aksi Marseille, Galatasaray kecoh selepas penyokong bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARSEILLE: Aksi Liga Europa antara Marseille dan Galatasaray terganggu selepas penyokong bertindak liar dengan membaling mercun dan bom asap awal pagi tadi.

Insiden tersebut bukan sahaja menyebabkan perlawanan terhenti lapan minit, malah tiga anggota polis cedera.

Kekecohan berlaku pada babak pertama apabila objek keras turut dibaling ke sudut Stade Velodrome, tempat penyokong kelab Turki, Galatasaray berkumpul, kata pegawai.

Pergaduhan juga tercetus antara penyokong kedua-dua pasukan sebelum ditenangkan pihak berkuasa.

“Malam ini seramak 550 anggota polis telah ditempatkan dalam perlawanan bola sepak tersebut. Tiga daripada mereka cedera.  Mereka sentiasa mendapat sokongan penuh daripada kami,” kata ketua polis, Frederique Camilleri menerusi Twitter.

Penyokong Galatasaray dilarang keluar dari Turki untuk menonton perlawanan yang diklasifikasikan berisiko tinggi.

Bagaimanapun kelab berkenaan masih mempunyai ribuan penyokong di seluruh Eropah.

“Penyokong amat penting buat kami dan saya minta mereka bertenang. Mereka mendengar apa yang saya katakan,” kata jurulatih Galatasary, Fatih Terim.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya