3 tahun lagi boleh rampas Piala Thomas? - Utusan Malaysia

3 tahun lagi boleh rampas Piala Thomas?

RASHID Sidek (kiri) ketika membantu Malaysia menjulang Piala Thomas di Kuala Lumpur 1992.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas hampir tiga dekad gagal menjulang Piala Thomas, Datuk Rashid Sidek percaya, masanya semakin hampir untuk Malaysia merampas kejuaraan berprestij itu.

Rashid mengetuai skuad badminton negara ketika kali terakhir muncul juara di Kuala Lumpur 1992.

Sejak itu, pencapaian terbaik Malaysia adalah bergelar naib juara pada 1994 (Jakarta), 1998 (Hong Kong), 2002 (Guangzhou) dan 2014 di New Delhi.

Menepis tanggapan nilai ­Piala Thomas semakin susut susulan tumpuan lebih terarah kepada Sukan Olimpik, legenda badminton negara itu berkata, kejohanan berpasukan lelaki itu masih berprestij

Jelas pemenang pingat gangsa Olimpik 1996 Atlanta itu, jika tidak tahun ini, Piala Thomas tidak mustahil kembali ke bumi Malaysia dalam tempoh satu atau dua edisi lagi.

“Bagi saya Piala Thomas masih berprestij sebab Olimpik lebih kepada individu.

LEE ZII JIA

“Memang sesetengah negara tidak fokus sangat Piala Thomas ini tetapi Malaysia sentiasa memberi yang terbaik untuk memburu keputusan cemerlang.

“Sekarang skuad negara diwakili pemain muda, tidak se­perti dulu, di mana Piala Tho­mas pasti dibarisi pemain berpengalaman.

“Bagi saya kalau tidak tahun ini, ikut realistik dua atau empat tahun lagi Malaysia boleh dapatkan semula trofi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Malaysia menghantar barisan mentah pada Piala Thomas kali ini yang berlangsung di Denmark dari Sabtu ini sehingga 17 Oktober depan.

Juara All England, Lee Zii Jia, 23 akan mengetuai perseora­ngan bersama Ng Tze Yong (21), Aidil Sholeh Ali Sadikin (21), Cheam Jun Wei (24) dan Leong Jun Hao (22).

Dalam beregu, Malaysia menyenaraikan Aaron (24)-Wooi Yik (23), Goh Sze Fei (24)-Nur Izzuddin Rumsani (24) dan tiga pemain lain, iaitu Man Wei Chong (21), Tee Wai Kun (21) dan Low Hang Yee (24).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya