Vinales tak sabar pulas minyak di Aragon - Utusan Malaysia

Vinales tak sabar pulas minyak di Aragon

MAVERICK Vinales memulakan lembaran baharu bersama pasukan Aprilia dalam Grand Prix Dunia hujung minggu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERUEL: Pelumba MotoGP, Ma­verick Vinales mengakui tidak sabar untuk membuka lembaran baharu bersama Aprilia selepas diberi kepercayaan untuk berlumba di Grand Prix (GP) Aragon, hujung minggu ini.

Pelumba berusia 26 tahun itu meniti episod suram apabila berpisah awal dengan Yamaha, mengakibatkannya sekadar melihat saingan GP Austria dan GP Britain sebagai penonton.

Begitupun, Aprilia segera menyambar pelumba Sepanyol itu, sekali gus membolehkan Vinales bergabung semula de­ngan bekas rakannya di Suzuki, Aleix Espargaro.

“Saya tidak sabar untuk berada kembali di atas trek. Peluang sebegini sangat penting terutama sebagai persediaan bagi menghadapi musim 2022.

“Saya mungkin tidak 100 peratus bersedia selepas hanya menjalani ujian selama dua hari.

“Begitupun berada di atas trek semula bersama pelumba lain dan berkongsi pendapat dengan Aleix, yang telah mencatat prestasi mengagumkan, sudah pasti ia akan meningkatkan keghairahan saya untuk menunggang RS-GP.

“Seluruh kakitangan Aprilia sangat membantu dalam meningkatkan motivasi saya. Saya rasa sungguh bersemangat dan keinginan untuk mara ke hadapan.

“Apa pun, saya akan berusaha semaksima mungkin daripada pusingan pertama di Aragon,” kata Vinales, yang juga pemenang GP sembilan kali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya