Tiru macam badminton - Ahmad Faizal - Utusan Malaysia

Tiru macam badminton – Ahmad Faizal

AHMAD Faizal Azumu menyerahkan Jalur Gemilang kepada pasukan Piala Sudirman, Piala Thomas dan Piala Uber dalam lawatan ke Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mahu pelan khusus (blueprint) Akademi Badminton Malaysia (ABM) dicontohi sukan-sukan lain khususnya melibatkan sukan teras di negara ini.

Katanya, perkara yang dilakukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di ABM sa­ngat baik termasuk menjalankan sesi persekolahan untuk pelatihnya di situ.

Beliau diberitahu, semua pemain berada di ABM berusia seawal usia 13 tahun dengan mereka diajar mengenai disiplin serta menjalani sesi latihan secara dalam gelembung.

“Seperti badminton atau sukan khusus, sistem akademi seperti ini diperlukan kerana mereka berada dalam satu gelembung yang berbeza dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

“SSBJ juga bagus tetapi terlalu banyak sukan disitu, jadi fokus seperti ini tiada.

“Saya juga tidak tahu apa jadi dengan akademi bola sepak di Gambang kerana setiap kelab bola sepak tenama perlu ada akademi mereka tersendiri,” katanya.

Ahmad Faizal mengadakan lawatan ke atas pemain yang melakukan persiapan yang akan beraksi pada Piala Sudirman, Piala Thomas dan Piala Uber, selain meninjau kemudahan terdapat di ABM.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, beliau faham tidak semua persatuan mampu mengikut jejak BAM kerana kekangan kewangan, namun badan induk badminton itu juga mendapatkan dana tambahan daripada kerajaan dan luar bagi menjalankan akademi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya