Thailand jinakkan Malaysia - Utusan Malaysia

Thailand jinakkan Malaysia

PEMAIN Thailand meraikan kejayaan menumpaskan Malaysia 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia Wanita 2022 di Stadium Faisal Al-Husseini, Tebing Barat, Palestin hari ini. - IHSAN AFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Turun sebagai pasukan pilihan, Thailand nyata bukan tandingan Malaysia apabila menumpaskan skuad negara 4-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia Wanita 2022 di Stadium Faisal Al-Husseini, Tebing Barat, Palestin sebentar tadi.

Thailand yang memahat sejarah beraksi dalam pusingan akhir Piala Dunia 2019 dan 2015 nyata berada dalam kelas berbeza apabila menguasai perlawanan memaksa anak-anak buah Jacob Joseph berkampung di kawasan sendiri.

Hatrik Kanyanat Chetthabutr, termasuk jaringan pantasnya seawal minit pertama, selain gol Nutwadee Pram-nak pada minit ketiga menyerlahkan kelemahan ketara skuad wanita negara.

AKSI pemain Malaysia ketika menentang Thailand dalam kelayakan Piala Asia Wanita 2022 di Palestin hari ini. – IHSAN THAILAND FA

Turun sebagai pasukan ranking ke-39 dunia, Thailand langsung tidak memberi ruang buat Malaysia dengan mendahului 3-0.

Memasuki babak kedua, pasukan negara yang berkedudukan ke-92 dunia cuba memberi tentangan dan memperkemaskan permainan.

Penjaga gol negara, Azurin Mazlan juga menyelamatkan beberapa percubaan bahaya lawan, namun jaringan ketiga Chetthabutr, dua minit memasuki waktu kecederaan melengkapkan kemenangan 4-0 Thailand.

Malaysia akan menentang tuan rumah, Palestin dalam aksi seterusnya di venue yang sama, Rabu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN