Terengganu II kekal di tangga ketiga - Utusan Malaysia

Terengganu II kekal di tangga ketiga

AKSI Kelantan United menentang Kelantan FC berakhir 1-1.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) II menutup kempen Liga Perdana dengan kekalahan 0-1 kepada Kelantan United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan Sang Penyu kekal di tangga ketiga dengan 35 mata, di belakang Sarawak United dan juara liga, Negeri Sembilan.

Turun selaku pelawat, TFC II bermula baik menerusi percubaan Jordan Mintah dari dalam kotak penalti pada minit ketujuh sebelum sepakan percumanya terkena tiang lima minit kemudian.

Kesempatan itu diambil Mohamad Hakim Ismail yang memanfaatkan situasi kelam-kabut berpunca sepakan sudut Amirul Shafik Che Soh pada minit ke-20 untuk meletakkan Kelantan United mendahului 1-0.

Bersambung babak kedua penjaga gol Kelantan United, Mohamad Fikri Che Soh menafikan tandukan Masaki Watanabe pada minit ke-51 disusuli rembatan Mintah pada minit ke-57.

Mohamad Fikri memastikan Kelantan United pulang dengan tiga mata selepas menepis sepakan kencang Mintah (m-67) untuk kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya