Southampton kecewakan Manchester City - Utusan Malaysia

Southampton kecewakan Manchester City

PHIL FODEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Juara bertahan, Manchester City mengharungi aksi mengecewakan di laman sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang Southampton pada saingan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

City juga dikejutkan dengan permainan agresif pasukan pelawat di awal perlawanan, di mana Adam Armstrong dan Mohamed Elyounoussi beberapa kali menguji Ederson.

Biarpun melakukan serangan balas menerusi Gabriel Jesus dan Bernardo Silva, namun tiada jaringan berjaya dihasilkan pada babak pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Southampton percaya mereka sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti selepas Kyle Walker menjatuhkan Armstrong dalam kawasan penalti.

Pengadil, Jon Moss bagaimanapun merubah fikiran selepas mendapatkan pandangan pegawai di tepi padang.

Biarpun membawa masuk Kevin Be Bruyne dan Riyad Mahrez, skuad The Citizens gagal mencari gol kemenangan, sekali gus terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata di Etihad. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya