Ronaldo lagi kaya daripada Messi - Utusan Malaysia

Ronaldo lagi kaya daripada Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cristiano Ronaldo bukan sahaja terus meledak gol, malah mengaut pendapatan besar apabila memintas Lionel Messi dalam senarai 10 pemain bola sepak berpendapatan paling tinggi tahun ini.

Menurut Forbes, kepula­ngan penyerang Portugal itu ke Manchester United membantunya menikmati 91.5 juta pound (RM523.30 juta) sebelum cukai untuk musim 2021-2022, terma­suk 51.25 juta pound (RM293.10 juta) gaji serta bonus.

Messi yang berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) di tempat kedua dengan 80.5 juta pound (RM460.38 juta), diikuti rakan sepasukannya – Neymar dan Kylian Mbappe ketiga serta keempat.

Pendapatan Ronaldo, 36, bukan sahaja diraih menerusi gaji, malah penajaan.

Begitupun Ronaldo tewas kepada tiga atlet lain dari segi penajaan iaitu bintang tenis, Roger Federer yang meraih 66 juta pound (RM 377.43 juta), ja­guh bola keranjang, LeBron James – 48 juta pound (RM 274.50 juta) dan pemain golf, Tiger Woods 44 juta pound (RM 251.62 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya