Messi terpikat dengan istana RM237 juta - Utusan Malaysia

Messi terpikat dengan istana RM237 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Lionel Messi akhirnya bersedia mencari kediaman tetap di Perancis dan ‘terpikat’ dengan sebuah rumah agam bernilai 41 juta pound (RM237 juta) yang terletak di pinggir bandar Paris.

Bintang penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu ketika ini menginap di sebuah hotel lima bintang, Le Royal Monceau selepas meninggalkan Barcelona bulan lalu.

Messi, isteri dan tiga anak mereka tinggal di Le Royal Monceau dengan harga 17,000 pound (RM97,400) satu malam.

ISTANA yang diminati Messi mempunyai pawagam peribadi.

Dia dan isterinya, Antonela Roccuzzo sudah menemukan sebuah kediaman yang memenuhi kriteria ditetapkan iaitu memiliki kolam renang dalam rumah, beberapa bilik untuk anak-anak, tempat letak kereta terlindung, pawagam peribadi dan taman yang indah.

Antonella pada mulanya sudah bertemu rumah yang memenuhi ciri-ciri tersebut, namun pemiliknya menaikkan sewa bulanan kepada 8,500 pound (RM48,720) selepas mengetahui Messi berminat dengan kediaman itu.

KOLAM renang dalam rumah yang mewah memenuhi kriteria dimahukan keluarga Messi.

Rundingan dibatalkan dan fokus Antonella terarah kepada istana yang disenaraikan pada harga RM235 juta di Sotheby’s.

Hartanah seluas 2,000 meter persegi itu dibina pada 1899 dan memiliki 30 bilik serta menepati kriteria yang dimahukan.

Bekas Presiden Perancis, Charles De Gaulle pernah menginap di istana itu selama tiga hari pada Perang Dunia Kedua.

Antonela sudahpun melawat istana tersebut, namun akan mengadakan satu lagi lawatan bersama Messi sebelum membuat keputusan.

Messi mungkin berminat dengan istana itu memandangkan ia hanya 15 minit daripada padang latihan PSG. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya