'Maafkan kami Ukraine' - Utusan Malaysia

‘Maafkan kami Ukraine’

MEGAT D Shahriman (kanan) bertemu Olena Zaitseva (tengah) di Tokyo hari ini. - IHSAN MAJLIS PARALIMPIK MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin membuat permohonan maaf kepada Setiausaha Majlis Paralimpik Ukraine, Olena Zaitseva atas kecaman yang dilemparkan terhadap atlet mereka, Maksym Koval.

Koval diisytiharkan pemenang pingat emas acara lontar peluru F20 selepas atlet negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dibatalkan penyertaannya kerana kelewatan memasuki bilik menunggu.

Katanya, beliau sudah menjelaskan kepada Zaitseva mengenai reaksi negatif rakyat Malaysia terhadap keputusan yang tidak menyebelahi Ziyad selain sikap fanatik mereka tambahan ia berlaku pada hari kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos.

Maksym Koval dikalungkan pingat emas ekoran pembatalan Muhammad Ziyad Zolkefli dalam saingan lontar peluru.

Selaku Ketua Kontinjen Malaysia, beliau turut rasa terkilan apabila mendapat tahu penyertaan Ziyad dibatalkan kerana kesilapan teknikal dan percaya bahawa insiden itu telah memberikan pengajaran buat dirinya serta seluruh pasukan mengenai kepentingan menghormati masa.

“Dalam pertemuan singkat itu, saya yang ditemani Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Malaysia telah berhubung dengan Ketua Kontinjen Ukraine bagi meleraikan kekusutan termasuk berjanji untuk mengekalkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Ukraine.

“Olena Zaitseva turut memberi jaminan bahawa akan menyampaikan mesej permohonan maaf daripada kita buat seluruh rakyat Ukraine.

“Beliau mengakui kerajaan Ukraine turut kesal dengan insiden yang terjadi. Saya berharap dengan tindakan ini dapat meredakan keadaan demi menjaga nama baik Malaysia,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya