Donald Trump jadi pengulas tinju - Utusan Malaysia

Donald Trump jadi pengulas tinju

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Bekas Pre­siden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bakal mengulas pertarungan antara bekas juara dunia, Evander Holyfield dan bintang seni bela diri campuran (MMA) Brazil, Vito Belfort.

“Saya suka pertarungan yang sengit. Saya tidak sabar untuk menyaksikan aksi antara kedua-duanya hujung minggu ini dan berkongsi pendapat mengenai apa yang berlaku di dalam gelanggang.

“Anda tidak boleh terlepas aksi istimewa ini,” kata Trump dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FITE TV.

Ulasan utama mengenai pertarungan itu akan disiarkan di saluran HBO, namun penonton boleh memilih dengan membayar AS$49.99 (RM207) bagi mendengar ulasan Trump yang turut disertai anaknya, Don Jr.

Holyfield, 58 akan berentap dengan Belfort di Hotel dan Casino Hard Rock di Hollywood, Florida selepas petinju sensasi, Oscar De La Hoya terpaksa menarik diri selepas diuji positif Covid-19.

Pertarungan itu sebelum ini dijadual berlangsung di Staples Center di Los Angeles tetapi dipindahkan di Florida selepas badan tinju California enggan iktiraf aksi antara Belfort dan Holyfield.

Holyfield tidak pernah turun beraksi sejak 2011, namun menandatangani kontrak untuk melawan Kevin McBride awal tahun ini – dengan kemungkinan pada masa akan datang berdepan musuh lamanya Mike Tyson.

Selepas pertarungan dengan McBride gagal diteruskan, Holyfield mengeluarkan kenyataan di Instagram Ogos lalu bahawa dia ‘sudah berlatih keras selama berbulan-bulan’.

“Saya sudah berjanji dengan peminat saya untuk kembali ke gelanggang sekurang-kurangnya bagi satu pertarungan sebelum menggantung sarung tangan,” katanya.

Trump bukan nama asing lagi dalam sukan tinju, selepas me­nganjurkan beberapa pertaru­ngan di kasino lamanya, Atlantic City. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.