Amirul Azhan minta maaf kepada penyokong Perak - Utusan Malaysia

Amirul Azhan minta maaf kepada penyokong Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Amirul Azhan Aznan meminta maaf kepada penyokong  Bos Gaurus berikutan prestasi tidak memuaskan pasukan Perak FC dalam kancah Liga Super musim ini.

Selepas meningkat dari Liga Perdana 32 tahun lalu apabila muncul juara pada 1989, Perak turun kembali ke liga bahagian dua itu tahun hadapan.

Menulis dalam Instagramnya, Azahan atau An meluahkan perasaanya kepada penyokong pasukan Kejor Yob kejor itu, hari ini.

“Kami akan mengambil iktibar di atas kejatuhan pasukan kali ini dan akan bangkit semula dalam kadar segera.

“Namun harus diingatkan kejatuhan Kami bukanlah 100 peratus disebabkan oleh barisan kejurulatihan dan pemain semata-mata.

“Ketidakstabilan pengurusan sebelum ini perlu dipandang serius, isu tunggakan gaji sebelum ini menjatuhkan motivasi pemain sehingga ramai tonggak utama Perak FC melangkah keluar bagi memastikan kestabilan kewangan serta kerjaya mereka berjalan dengan lancar,” katanya.

Menurut bek kanan Perak itu, mereka telah memberikan sepenuh jiwa kepada pasukan kerana ini adalah sumber rezeki bagi menyara keluarga.

Azahan atau lebih mesra dengan panggilan An berkata, tidak perlu dipersoalkan perihal jiwa kerana ia perkara subjektif.

“Perlu diperhalusi pelbagai faktor sebelum mempertikaikanya,” katanya.

Bekas pemain kebangsaan itu mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan pasukan yang terkini di atas sumbangan dan kredibiliti yang telah tunjukkan selepas apa yang berlaku selama ini ke atas pasukan.

“Amatlah berbesar hati sekira Cikgu Man dan Abang Rhino (Azman Noh dan Rhino-Rhino) dapat kekal bersama kami seiring dengan matlamat bagi menaikkan semula pasukan Perak FC ke Liga Super,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.