Ake hilang bapa selepas ledak gol - Utusan Malaysia

Ake hilang bapa selepas ledak gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain Manchester City, Nathan Ake mendedahkan bahawa bapanya meninggal dunia tidak lama selepas dia menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara.

Pemain antarabangsa Belanda itu membuka jaringan pada minit ke-16 kelmarin ketika pasukannya menang 6-3 ke atas RB Leipzig.

Bagaimanapun, saat menggembirakan buat pemain berusia 26 tahun itu bertukar sedih selepas bapanya, Moise Ake meninggal dunia tidak lama selepas itu.

“Sejak beberapa minggu lalu, ia menjadi tempoh paling mencabar dalam hidup saya, bapa saya sakit dan tiada lagi rawatan boleh diberikan.

“Semalam selepas tempoh yang sukar, saya menjaringkan gol pertama saya dalam Liga Juara-Juara, dan hanya beberapa minit selepas itu dia meninggal dunia dengan tenang bersama ibu dan abang di sisinya.

“Mungkin ia sudah ditakdirkan, melihat saya bermain sentiasa menjadikan dia bangga dan gembira.

“Saya tahu ayah selalu bersama saya, ayah sentiasa dalam hati saya dan ini untuk ayah,” katanya di laman Instagram – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya