Yamaha, Vinales ‘bercerai’ serta merta - Utusan Malaysia

Yamaha, Vinales ‘bercerai’ serta merta

Maverick Vinales
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hubungan dingin di antara Maverick Vinales dan pasukan Yamaha tiba di kemun­cak selepas kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kerjasama serta merta bermula semalam.

Biarpun pelumba Sepanyol itu digantung daripada Grand Prix (GP) MotoGP Austria ming­gu lalu, namun dia dijangka terus berlumba buat Yamaha ke­rana kontraknya hanya ber­akhir pada hujung musim ini.

Bagaimanapun selepas beberapa kali cuba merosakkan enjin motosikalnya pada GP Styrian dan menukar kontrak asal yang sepatutnya berakhir selepas 2022, kedua-dua pihak memutuskan untuk menamatkan kerjasama.

“Mengikut persetujuan asal di Assen, kami akan berpisah setahun lebih awal tetapi saya perlu melengkapkan musim ini dengan usaha maksimum.

“Bagaimanapun pada GP Styrian, perlumbaan tidak berjalan seperti diharapkan. Ia berakhir dengan cara yang tidak bagus.

“Selepas membuat segala pertimbangan, kedua-dua pihak bersetuju adalah lebih baik kerjasama ini ditamatkan serta merta.

“Saya menghargai dan berte­rima kasih kepada Yamaha atas peluang yang diberikan.

“Terima kasih juga kerana menyokong saya sepanjang empat tahun setengah ini, dan saya tidak akan melupai kejayaan yang kami raih bersama.

“Saya sentiasa menghormati Yamaha dan mengucapkan yang terbaik,” kata Vinales.

Pelumba uji Yamaha, Cal Crutchlow akan mengisi kekosongan Vinales di Grand Prix Britain minggu depan, namun belum ada butiran lanjut di­umumkan pasukan setakat ini.

Vinales sebelum ini tampil memohon maaf kepada Yamaha yang ‘menggantungnya’ daripada berlumba di Austria hujung minggu lalu selepas didakwa sengaja merosakkan jenteranya pada GP Styria awal bulan ini.

Pasukan Aprilia bagaimanapun membuat kejutan Isnin lalu apabila mengumumkan telah ‘menyambar’ Vinales sebagai untuk bergandingan dengan Aleix Espargaro musim depan.

Vinales dikatakan tidak gembira dengan pasukan Yamaha yang memberi layanan istimewa kepada Fabio Quartararo yang menyertai pasukan itu musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya