The Citizens buru penyerang '6 kaki 9 inci' - Utusan Malaysia

The Citizens buru penyerang ‘6 kaki 9 inci’

Kyle Hudlin (kiri) yang memiliki ketinggian 6 kaki 9 inci kini menjadi sasaran Manchester City. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kyle Hudlin bukan pemain terkenal dan hanya ber­aksi untuk kelab divisyen lima liga bola sepak England, namun dia menjadi buruan beberapa pasukan, termasuk juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Pasukan pencari bakat City bakal melakukan pembelian besar sebelum jendela perpindahan ditutup 31 Ogos ini, namun ‘besar’ bukan kerana nilainya di pasaran tetapi fizikal pemain itu yang mencecah 6 kaki 9 inci.

Selepas menonton video Hudlin yang beraksi dalam Liga Nasional, barisan kejurulatihan City terpikat dengan penyerang berusia 21 tahun itu dan bersedia mengorak langkah untuk mendapatkannya, menurut laporan The Athletic.

Wakil City menonton perlawanan Solihull Moors, Sabtu lalu, di mana Hudlin membantu pasukannya seri 2-2 dengan Notts County.

Dengan ketinggian 6 kaki 9 inci atau 2.06 meter, Hudlin muncul pemain bola sepak ter­tinggi Britain.

Bekas penyerang England dan Liverpool, Peter Crouch yang terkenal dengan ketinggiannya juga sedikit rendah iaitu 6 kaki 7 inci.

Selain City, Hudlin turut di­buru kelab Liga Kejuaraan iaitu Middlesbrough dan Cardiff City.

Hudlin meledak sembilan gol dalam 34 perlawanan buat Moors musim lalu selepas berpindah dari Solihull United.

Hudlin juga muncul penjaring terbanyak bersama di Moors pada musim 2020/2021, selain diumum sebagai Pemain Harapan serta jaringan terbaik musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN