Perak II rela berkorban apa saja - Utusan Malaysia

Perak II rela berkorban apa saja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Selepas kedudukan mereka dalam Liga Perdana sudah selamat, Perak II akan melakukan apa saja untuk membantu pasukan ‘abang’, Bos Gaurus mengelak tersingkir dari Liga Super musim depan.

KEKALAHAN 0-3 kepada Selangor, Sabtu lalu meletakkan kedudukan Perak (baju hitam) dalam Liga Super kini semakin terancam. – IHSAN SELANGOR FC

Ketika Liga Malaysia (Liga M) berbaki tiga perlawanan, pasukan Perak menghuni tangga kedua tercorot dengan 13 mata, empat mata dipisahkan dari zon selamat.

Pasukan itu yang kini dibim­bing jurulatih sementara, Shahril Nizam Khalil akan berdepan tugas getir dalam misi menyelamatkan pasukan, menentang Kedah, Sabtu ini, diikuti Melaka United (3 September) dan Sabah pada 12 September.

Perak II yang dimalukan 3-0 oleh PDRM kelmarin berada di tangga ketiga tercorot, namun kekalahan itu tidak menjejaskan kedudukan mereka kerana hanya pasukan dasar liga akan tersingkir.

Dengan tinggal hanya baki tiga perlawanan, skuad Projek FAM-MSN menghuni tangga tercorot dengan tiga mata.

Dalam aksi menentang PDRM yang tercemar ekoran dua kad merah dikeluarkan pengadil kepada kedua-dua pasukan, ­Syamsul turut menguji pertahanan muda, Muhammad Azhar Apandi yang akan dipinjamkan kepada pasukan utama dalam Liga Super.

“Dia memiliki ciri-ciri pemain berwibawa namun saya rasa dia perlukan sedikit masa lagi untuk menyesuaikan diri dengan permainan bertaraf tinggi.

“Lagipun ini kali pertama dia beraksi bersama kami,” katanya.

Bagaimanapun Syamsul kecewa dengan persembahan pemain import, Ghislain Guessan yang gagal memberi sumbangan berkesan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN