Perak II ikut nasib malang 'abang' - Utusan Malaysia

Perak II ikut nasib malang ‘abang’

PENYERANG Perak FC II, Muhammad Hakim Mat Isa (tengah) dikepung pemain PDRM FC dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC II mengikut jejak nasib pasukan abang apabila tumpas 0-3 kepada PDRM FC dalam saingan Liga Perdana di Stadium Perak sebentar tadi.

Perlawanan tercemar apabila dua pemain masing-masing satu dari Perak II iaitu Mohamad Aizat Safuan Razali dan Mohd. Nabil Ahmad Latpi dari PDRM dilayangkan kad merah dalam masa kecederaan.

Dalam perlawanan tadi, Bruno Suzuki muncul wira pasukan pelawat apabila memainkan peranan besar dalam kejayaan The Cops.

Pemain berasal dari Jepun itu menyumbang dua gol dan membantu satu gol untuk membantu PDRM melonjak ke kedudukan kelima liga.

Walaupun tuan rumah cuba memberi saingan tetapi mereka tidak terdaya menyaingi anak buah Wan Rohaimi Wan Ismail.

Penyudah lemah turut menjadi faktor menghalang anak buah Syamsul Mohd Saad biarpun memiliki beberapa peluang termasuk dari sepakan penalti pada babak kedua.

PDRM membuka jaringan seawal minit ke-12 apabila bola sepakan lencung Bruno Suzuki melepasi penjaga gol, Ahmad Syazwan Sazany Ahmad Shafei dari sebelah kanan.

Bruno Suzuki yang sentiasa menjadi ancaman kepada benteng lawan mencipta peluang jaringan apabila melorongkan bola kepada Mohamad Nabil Ahmad Latpi untuk gol kedua pasukan pelawat pada minit ke-21.

Lapan minit kemudian, pemain itu meledak gol ketiga PDRM pada minlt ke-29.

Babak kedua menyaksikan anak buah Syamsul cuba bangkit tetapi gagal biarpun mendapat sepakan penalti pada
minit ke-83 namun Mohd. Zulkifli Zakaria gagal dengan sepakannya.

Semalam, Perak FC tumpas 0-3 kepada Selangor FC dalam perlawanan Liga Super di tempat sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN