LONDON: Mesut Ozil menggunakan Twitter untuk menyampaikan mesej kepada Mikel Arteta selepas Arsenal dibelasah 5-0 oleh Manchester City semalam, sekali gus meletakkan mereka di dasar Liga Perdana Inggeris.
Dalam perlawanan itu, Gunners terpaksa mengharungi permainan dengan 10 pemain selepas Granit Xhaka dibuang padang pada babak pertama kerana mengasari Joao Cancelo.
Arsenal kalah dalam semua tiga aksi pertama musim baharu membuatkan mereka ‘diserang’ oleh penyokong di media sosial.
Ozil turut menyindir Arteta, jurulatih yang menyebabkan dia ‘dibekukan’ daripada skuad pada hujung kariernya di Arsenal.
‘Percaya kepada proses’, tulis bekas pemain antarabangsa Jerman itu dalam Twitter.
Trust the process??
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) August 28, 2021
‘Percaya kepada proses’ adalah frasa kegemaran yang selalu digunakan oleh Arteta setiap kali media mempersoalkan kemampuan pasukannya.
Kedudukan Arteta sebagai pengendali Gunners kini ibarat telur di hujung tanduk ekoran kekalahan terburuk yang dialami pasukannya. – AGENSI