Mampukah Bonnie jelmakan pingat emas pertama Malaysia hari ini? - Utusan Malaysia

Mampukah Bonnie jelmakan pingat emas pertama Malaysia hari ini?

BONNIE Bunyau Gustin turun dengan misi memburu pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini. – IHSAN WORLD PARA POWERLITFING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas empat hari menanti penuh debar, apakah penantian kontinjen Malaysia untuk memenangi pingat emas pertama dalam Sukan Pa­ralimpik Tokyo 2020 bakal menjadi kenyataan hari ini?

Prospek emas negara, Bonnie Bunyau Gustin akhirnya turun beraksi dengan menggalas harapan besar 32 juta rakyat Malaysia dalam acara powerlifting di Forum Antarabangsa Tokyo.

Memegang reputasi sebagai juara dunia dan pemegang rekod dunia, atlet kelahiran Sarawak berusia 22 tahun itu menjadi taruhan negara dalam kategori 72 kilogram (kg).

Di atas kertas Bonnie diletak sebagai pilihan juara berdasarkan pencapaiannya yang kini menghuni ranking No. 1 dan pemegang rekod dunia kategori itu dengan angkatan 230kg.

BONNIE BUNYAU GUSTIN

Jurulatihnya, Jamil Adam berkata, Bonnie kini berada dalam keadaan terbaik, bebas daripada kecederaan dan bersedia dari segala aspek.

“Apa yang kami harapkan ketika ini adalah doa dari seluruh rakyat Malaysia agar Bonnie beroleh kejayaan.

Dia seorang atlet yang sangat berdisiplin dan dia sentiasa mahu berikan yang terbaik. Selepas hampir seminggu berada di sini (Tokyo) Bonnie sudah bersedia sepenuhnya untuk memberi khabar gembira kepada negara,” katanya.

Bonnie melakar kejayaan sensasi pada Piala Dunia Para Po­werlifting Fazza Ke-11 di Dubai, Jun lalu apabila menjuarai acara senior lelaki dalam kelas berat melebihi 72kg.

Dia memecahkan rekod du­nia dengan angkatan 230kg yang sebelumnya dipegang Roohallah Rostami dari Iran dengan angkatan 229kg semasa di Para Asia Jakarta 2018.

Bonnie antara yang dijangka mampu menghadiahkan emas buat negara selain atlet olahraga, Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly, Cheah Leik Hou (badminton) dan S. Suresh (memanah).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya