Mereka luar biasa - Utusan Malaysia

Mereka luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMBAWA pulang tiga pingat emas dan dua perak di Tokyo 2020 melakar pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah Sukan Paralimpik sejak membuat penampilan sulung pada 1972 di Heidelberg, Jerman.

Wira-wira para negara terbukti setanding jagoan dunia, malah mereka yang tidak pulang bersama pingat juga wajar mendapat pujian kerana ramai yang berjaya memecah catatan peribadi, melangkah ke final atau memberi tentangan sengit.

Tahniah buat Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) serta persatuan-persatuan yang berjaya merubah landskap sukan paralimpik negara, sekali gus mengangkat martabat atlet para yang sebelum ini dipandang ‘sepi’.

Kejayaan demi kejayaan yang dilakar, terutama di pentas Paralimpik membolehkan atlet para negara semakin dihargai dan dihormati, malah mereka memberi harapan kepada jutaan rakyat Malaysia, terutama golongan kurang upaya (OKU) bahawa ‘sentiasa ada sinar’.

Tahniah buat wira-wira Malaysia, anda memang hebat dan luar biasa!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya