'Saya tak ingat apa yang atlet Greece tanya sebab sakit sangat' - Utusan Malaysia

‘Saya tak ingat apa yang atlet Greece tanya sebab sakit sangat’

ATLET Greece, Athanasios Prodromou (kanan) menjadi orang pertama menghulurkan bantuan selepas Latif dilihat cedera sewaktu bertanding di Sukan Paralimpik 2020, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menjadi orang pertama yang menghulurkan bantuan, jaguh lompat jauh para negara, Latif Romly mengucapkan terima kasih kepada pencabar terdekatnya, Athanasios Prodromou dari Greece.

Atlet berusia 24 tahun itu meniti episod dramatik sebelum mengesahkan pingat emas Sukan Paralimpik 2020 dalam acara lompat jauh T20 di Stadium Olimpik, Tokyo, yang dibasahi hujan.

Latif mengalami kecederaan ketika lompatan kelima, menyaksikan dia menahan kesakitan di bahagian pangkal paha selepas mendarat, sebelum atlet Greece itu pantas menuju ke arahnya.

Prodromou, yang memenangi perak dalam acara tersebut, dilihat berlari dan terus memanggil pegawai perubatan bagi memastikan Latif diberi rawatan awal.

Atlet berusia 27 tahun itu turut dilihat menyapu pasir yang melekat di badan Latif setelah pemenang pingat emas edisi 2016 di Rio itu dibawa menaiki kerusi roda.

LATIF ROMLY (tengah) dibawa menaiki kerusi roda selepas mengalami kecederaan.

“Saya tak ingat sangat apa yang dia kata sebab masa itu saya rasa terlalu sakit. Tak ingat apa dah.

“Cuma yang saya ingat dia datang, kemudian menyapu pasir (yang melekat) di badan dan kepala saya. Itu sahaja yang saya perasan.

“Apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepadanya sebab dialah orang yang pertama datang untuk membantu saya,” kata Latif dalam sidang akhbar secara maya, sebentar tadi.

Latif melakar sejarah tersendiri apabila muncul atlet para kebangsaan pertama yang berjaya mempertahankan pingat emas dalam temasya berprestij itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.