Malaysia tak cukup ‘kuat’ nak menang Piala Thomas - Utusan Malaysia

Malaysia tak cukup ‘kuat’ nak menang Piala Thomas

RASHID Sidek (kiri) sebahagian anggota skuad Piala Thomas yang kali terakhir merangkul kejuaraan pada 1992.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mara ke suku akhir mungkin boleh, namun membawa pulang kejuaraan badminton Piala Thomas buat kali pertama selepas 29 tahun tugas yang agak mustahil.

Tidak memiliki barisan seimbang, selain hanya bergantung kepada Lee Zii Jia (perseora­ngan) dan beregu yang meraih gangsa di Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Woi Yik antara faktor Malaysia bukan pilihan untuk merangkul kejuaraan di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober ini.

Dalam undian yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, Malaysia di­letak dalam Kumpulan D bersama Jepun, Kanada serta England. Laluan tampak baik untuk ke suku akhir kerana dua pasukan teratas akan melayakkan diri.

AARON Chia-Soh Wooi Yik yang meraih gangsa beregu lelaki masih boleh menjadi sandaran utama di Piala Thomas.

Begitupun untuk pulang bersama kejuaraan agak sukar, kata bekas jurulatih kebangsaan yang juga anggota skuad Piala Thomas negara ketika Malaysia kali terakhir muncul juara di Kuala Lumpur pada 1992, Datuk Rashid Sidek.

Rashid juga menjangkakan, Malaysia mungkin memberi pendedahan kepada barisan muda untuk menggalas cabaran selaras dengan misi pembangunan pemain untuk Projek 2024.

LEE ZII JIA

“Pada pandangan saya, mereka tidak berdepan masalah untuk ke suku akhir tetapi untuk menang memang susah kerana kita tiada pasukan yang seimbang.

“Ada dua pemain sahaja yang boleh dijadikan sandaran, kalau kalah satu kita habis. Selebih­nya agak susah, lawan 60 kita 40.

“Selain pemain sedia ada, saya rasa ini masa sesuai untuk beri peluang kepada Nur Izzuddin (Rumsani) dan Goh Sze Fei sebagai beregu kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.