Kaya sekelip mata kerana sebutir emas Olimpik - Utusan Malaysia

Kaya sekelip mata kerana sebutir emas Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Daripada kereta hingga wang tunai, pelbagai habuan menanti anak petani, Neeraj Chopra selepas memahat sejarah menghadiahkan pingat emas pertama India dalam olahraga Sukan Olimpik kelmarin.

Rejaman 87.58 meter (m) membolehkan Neeraj meraih emas merejam lembing, sekali gus me­ngatasi pencapaian terbaik India dalam olahraga iaitu memenangi perak 200m dan 200m lari berpagar menerusi atlet Britain-India, Norman Pritchard di Paris 1900 – 121 tahun lalu.

Dua atlet Republik Czech melengkapkan podium apabila Jakub Vadlejch menang perak dengan 86.67m dan gangsa milik Vitezslav Vesely (85.44m).

“Ini emas pertama kami dalam olahraga di Olimpik untuk tempoh yang sangat lama, ia memang lama.

“Ia saat membanggakan buat saya dan negara saya, sukar dipercayai,” kata Neeraj.

Muzik Bollywood bergema di stadium selepas Chopra melakukan rejaman keenam dan terakhir yang mengesahkan emas.

Anak petani itu kemudian berlari separuh padang dengan bendera India di bahu. , Kejayaan itu bakal membolehkannya menikmati pelbagai habuan apabila pulang ke tanah air.

Pelbagai pihak tampil menjanjikan habuan, apatah lagi Chopra menjadi pemenang pingat emas tunggal India di Tokyo 2020.

Kerajaan negeri Haryana me­ngumumkan ganjaran 6 crore (RM3.41 juta), kerajaan ne­geri Punjab pula memberi habuan tunai 2 crore (RM1.37 juta).

Kabinet Manipur memutuskan untuk menghadiahkan 1 crore (RM568,517), begitu juga Lembaga Kawalan Kriket India (BCCI) juga menawarkan dan francais Liga Perdana India (IPL), Chennai Super Kings.

IndiGo menawarkan penerbangan percuma tanpa had selama setahun kepada Chopra, 23, dan pemilik pengeluar kereta Mahindra, Anand Mahindra menjanjikan sebuah SUV XUV700. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya