Kaki saya terasa 'kosong' - Shah Firdaus - Utusan Malaysia

Kaki saya terasa ‘kosong’ – Shah Firdaus

MOHAMAD Shah Firdaus Shahrom ketika terjatuh di Veledrom Izu, Tokyo setelah terlibat dalam pelanggaran pada pusingan pertama acara keirin. AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terasa kaki ‘kosong’ ketika melakukan pecutan meragut peluang Shah Firdaus Sahrom untuk mengiringi Datuk Azizulhasni Awang ke separuh akhir keirin di Sukan Olimpik 2020 semalam.

Jelas pelumba kelahiran Muar itu, dia sebenarnya dinasihatkan doktor untuk tidak mengambil bahagian di suku akhir selepas terbabit dalam kemalangan pada pusingan pertama kelmarin.

“Semalam, apabila ke hospital, doktor menasihatkan saya untuk tidak meneruskan perlumbaan.

“Saya sebak, saya tak tahu nak cakap macam mana tetapi saya cakap, saya nak teruskan juga perlumbaan.

“Bagaimanapun hari ini (semalam), saya bergelut untuk pulih daripada kecederaan tetapi saya teruskan juga.

“Sewaktu berlumba, saya memang tidak rasa apa dan selepas melakukan pecutan, kaki saya rasa kosong…memang sedih,” katanya.

Dalam saingan di Velodrom Izu, Shizuoka itu, Shah Firdaus terkandas di suku akhir selepas gagal menempatkan diri di kelompok empat terbaik.

Pelumba berusia 26 tahun itu turut merasakan pingat emas keirin sepatutnya menjadi milik Malaysia, namun dia tetap bersyukur apabila Azizulhasni masih membawa pulang pingat.

“Sebenarnya emas itu kita punya. Sangat sedih sebab kita terlepas peluang itu, ada kesilapan daripada pelumba Australia (Matthew Glaetzer).

“Dia bagi terlalu banyak jarak untuk Jason Kenny (dari Great Britain) dan ia merencatkan pecutan Azizulhasni.

“Saya rasa kalau semua kelajuan cantik, saya rasa kita boleh menang emas,” kata Shah Firdaus sambil mengakui sema­ngatnya masih kuat untuk bersaing di Olimpik 2024 Paris.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya