GP Malaysia batal lagi - Utusan Malaysia

GP Malaysia batal lagi

Keputusan Liberty Media membeli 86 peratus saham MotoGP tidak akan memberi kesan kepada Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selaku tuan tumah Grand Prix Motosikal Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Grand Prix Malaysia yang sepatutnya berlangsung Oktober depan dibatalkan buat tahun kedua berturut-turut dan akan diganti dengan perlumbaan di Misano, Itali.

“Pandemik Covid-19 yang berterusan dan sekatan kemasukan ke Malaysia menyebabkan pembatalan kejohanan ini,” kata kenyataan bersama badan induk sukan permotoran antarabangsa, FIM dan promoter, Dorna.

Ini kali kedua perlumbaan yang sepatutnya berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 24 Oktober dibatalkan ekoran Covid-19.

Malaysia menerima nasib sama dengan Thailand, Jepun dan Australia terpaksa ‘mengaku’ kalah disebabkan pandemik.

Misano akan mengambil alih tempat Litar Antarabangsa Sepang yang bakal menjadi perlumbaan MotoGP kedua dalam bulan berkenaan dengan litar yang dinamakan sempena mendiang Marco Simoncelli itu akan menganjurkan GP San Marino pada 19 September.

“Nama pertandingan ini akan diumumkan kemudian,” kata penganjur.

Pelumba Perancis, Fabio Quartararo (Yamaha) mendahului kedudukan pendahulu dunia dengan 47 mata di depan Francesco Bagnaia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya