Empat pemain Arsenal dalam bahaya - Utusan Malaysia

Empat pemain Arsenal dalam bahaya

MIKEL ARTETA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

L0ONDON: Empat pemain Arsenal berada dalam bahaya jika pengurus mereka, Mikel Arteta dipecat ekoran aksi buruk Gunners pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris minggu lalu.

Prestasi hambar Arsenal musim lalu menyebabkan Arteta kini berada di bawah tekanan, dan kekalahan 2-0 kepada pendatang baharu liga, Brentford Jumaat lalu menyebabkan dia semakin terancam.

Willian, Emile Smith Rowe, Calum Chambers dan Alexandre Lacazette dijangka menerima nasib buruk jika Arteta disingkirkan kerana kedudukan mereka selama ini selamat disebabkan sokongan yang diterima daripada jurulatih kelahiran Sepanyol itu.

WILLIAN

BERAKSI untuk Chelsea selama tujuh musim, Willian menyertai Arsenal musim lalu selepas kontraknya tidak disambung oleh Blues.

Gagal mempamer prestasi memberangsangkan di bahagian tengah, malah sering memanaskan bangku simpanan dan kalah kepada Nicolas Pepe.

Biarpun memiliki kontrak tiga tahun, namun tidak mustahil pemain berusia 32 tahun dari Brazil itu diberi tekanan untuk meninggalkan Gunners jika Arteta dipecat.

EMILE SMITH ROWE

SMITH Rowe, 21, gagal menyerlah sepanjang dipinjamkan kepada Huddersfield Town dan RB Leipzig.

Dia dipanggil balik oleh Arteta dan menjadi tonggak pasukan sepanjang musim lalu untuk bergandingan dengan Bukayo Saka.

Pada ketika Saka, 18, amat menyerlah, malah mendapat panggilan skuad kebangsaan England, Smith Rowe tenggelam dan berisiko digugurkan daripada pasukan.

CALUM CHAMBERS

CHAMBERS pernah membentuk gandingan mantap bersama Hector Bellerin di bahagian pertahanan, namun sejak akhir-akhir ini prestasinya tidak konsisten.

Beraksi di posisi bek kanan, dia juga kurang membantu serangan. Pertemuan menentang Brentford menyerlahkan kelemahan Chambers, dan pemain berusia 26 tahun itu dilihat kelemahan terbesar Gunners.

ALEXANDRE LACAZETTE


BIARPUN bukan pemain terburuk dalam skuad, namun bintang penyerang kelahiran Perancis itu gagal menunjukkan prestasi terbaik seperti yang diharapkan oleh barisan kejurulatihan serta peminat Arsenal.

Sehingga kini, Lacazette, 30, gagal menyerlahkan kehebatan sebenar selepas dibeli pada harga mahal 53 juta pound (RM310 juta) daripada Lyon, empat tahun lalu.

Arsenal memerlukan penyerang yang lebih baik untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka dan mendapatkan pemain seperti Robin van Persie, Thierry Henry atau Emmanuel Adebayor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN