Dari pentas Olimpik ke pentas Bollywood? - Utusan Malaysia

Dari pentas Olimpik ke pentas Bollywood?

Neeraj Chopra
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Memiliki rupa paras yang menarik, ramai warga net India mencadangkan pemenang pingat emas merejam lembing lelaki, Neeraj Chopra membintangi sendiri filem biopik berkisarkan kejayaannya di Sukan Olimpik 2020 itu.

Perejam berusia 23 tahun itu muncul atlet India pertama menyumbang emas menerusi olahraga dalam sejarah penyertaan Olimpik setelah mencatat 87.58 meter.

India, yang terkenal dengan industri perfileman dikatakan berhasrat menghasilkan filem berunsurkan sukan yang diadaptasi daripada kejayaan Chopra dan ia menjadi rebutan pengarah.

Ramai peminat berkata, Chopra mampu memainkan wataknya dalam filem tersebut memandangkan atlet tersebut kacak, selain memiliki karisma dan fizikal yang baik.

“Neeraj Chopra kacak dan karismanya sudah cukup untuk dia membintangi sendiri filemnya. Dia boleh memainkan peranan Akshay Kumar dalam biopik,” kata Gizza.

“Emas untuk India. Kami semua berbangga dengan Neeraj Chopra. Jika ada kisah biopik tentangnya, dia sendiri layak untuk memainkan watak dalam filem tersebut,” kata Rishabh Shukla.

“Tolonglah jika dia ada filem berkisarkan tentang dirinya, biarkan Neeraj Chopra sendiri membintangi filem itu,” kata Virendra.

Ketika saingan Sabtu lalu, muzik Bollywood mula dimainkan di Stadium Olimpik untuk Chopra melakukan rejaman keenam dan terakhir, selepas dia mengesahkan emas menjadi miliknya.

Anak petani itu kemudian berlari separuh padang dengan bendera India di bahunya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.