Azizulhasni, Shah Firdaus akan 'lakukan apa saja' jumpa juara dunia dari Belanda - Utusan Malaysia

Azizulhasni, Shah Firdaus akan ‘lakukan apa saja’ jumpa juara dunia dari Belanda

SHAH Firdaus Sahrom selepas menamatkan pusingan kedua menentang pelumba Great Britain, Jack Carlin di Velodrom Izu, semalam. - KAMARUL AKHIR/ASIANA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun pecut dianggap ‘pemanas badan’ sebelum berdepan acara ‘sasaran’ keirin, namun selepas melalui segala kepayahan, termasuk mengharungi lima perlumbaan untuk mara ke pusingan ketiga, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom akan berhabis-habisan cuba melepasi saingan sukar hari ini.

Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan Nick Wammes dari Kanada dalam pusingan repechage bagi me­nempah pertemuan dengan juara pecut berpasukan dunia, Jeffrey Hoogland dari Belanda.

Hoogland, 28, berada pada prestasi terbaik di Sukan ­Olimpik Tokyo 2020 selepas memecah rekod temasya pada pusingan kelayakan dengan catatan 9.215 saat.

Shah Firdaus pula akan menentang juara dunia 2019, Harrie Lavreysen juga dari Belanda pada pusingan ketiga selepas mengenepikan pelumba Poland, Patryk Rajkowski dalam saingan repechage.

Gagal mara mengikut ‘jalan biasa’, perjalanan jauh terpaksa ditempuh Azizulhasni dan Shah Firdaus untuk meneruskan perjuangan, cabaran yang pasti melelahkan tapi tidak melunturkan semangat mereka.

PELUMBA Great Britain, Jason Kenny (depan) bersaing dengan Azizulhasni Awang pada saingan pecut individu di Velodrom Izu semalam. – KAMARUL AKHIR/ASIANA

“Ini persembahan terbaik saya, walaupun masa yang saya mahukan tidak sampai tetapi dengan pelumba lain tidak jauh beza hanya beberapa detik.

“Jason Kenny (juara ­Olimpik, di pusingan pertama) dapat baca game (taktik) saya, sebab itu saya kalah kepada­nya, sedikit sahaja beza dari segi teknik.

“Esok (hari ini) kita akan terus mencuba, kalau kalah ada repechage.

“Saya sudah bincang de­ngan John (Beasly) bahawa kami akan jadikan acara ini sebagai pemanas badan untuk saingan keirin nanti,” katanya kepada Astro Arena.

Mengulas mengenai aksi menentang Hoogland, Azizulhasni berkata, dia tetap optimis walaupun sedar cabaran yang bakal dihadapi bukan mudah.

“Kalau atas kertas memang susah. Dia saiz besar, jadi gear yang dipakai juga besar jadi saya kena fikirkan teknik yang sesuai dan sudah pasti saya akan beri 100 peratus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.