Axelsen tamatkan 'kisah dongeng' pemain Guatemala - Utusan Malaysia

Axelsen tamatkan ‘kisah dongeng’ pemain Guatemala

REAKSI Kevin Cordon ketika menentang Viktor Axelsen dalam separuh akhir perseorangan lelaki di Tokyo hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Impian Kevin Cordon untuk meneruskan ‘kisah dongeng’ Sukan Olimpik dan mengesahkan pingat pertama negaranya di Sukan Olimpik Tokyo tidak kesampaian selepas langkahnya disekat juara dunia 2017, Viktor Axelsen pada separuh akhir sebentar tadi.

Turun sebagai pemain No. 59 dunia, Cordon sudahpun memahat sejarah luar biasa buat negaranya apabila melangkah ke separuh akhir dan dia cuba memberi tentangan hebat kepada  bintang Denmark, Axelsen di set pertama tetapi akur 18-21, 11-21.

Cordon yang menyingkirkan pemain Korea Selatan, Heo Kwang-hee pada suku akhir kelmarin masih berpeluang mencipta sejarah jika berjaya memenangi pingat gangsa esok.

Dia akan menentang pemain Indonesia, Anthony Ginting yang tewas mudah kepada juara bertahan, Chen Long dari China 16-21, 11-21.

VIKTOR Axelsen akan menentang Chen Long dalam perebutan pingat emas esok.

“Saya masih ‘budak’, bermain macam budak-budak yang cuba berseronok dan melakukan yang terbaik di atas gelanggang.

“Kamu percaya saya berada di separuh akhir sekarang? Rasanya sangat luar biasa,” kata Cordon ketika menewaskan Kwang-hee semalam.

Cordon menjuarai Kumpulan C menerusi kemenangan ke atas Lino Munoz dari Mexico dan pemain Hong Kong, Ng Ka Long sebelum menyingkirkan pemain Belanda, Mark Couljow pada pusingan 16 akhir.

Kini dia masih ada satu lagi peluang untuk menghadiahkan pingat kedua buat negaranya dalam sejarah Olimpik jika menewaskan Anthony.

Satu-satunya pingat yang pernah dimenangi Guatemala dalam Sukan Olimpik adalah ketika Erick Barrondo meraih perak acara 20 kilometer jalan kaki di London 2012. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.