Zii Jia tak pernah harap undian mudah - Utusan Malaysia

Zii Jia tak pernah harap undian mudah

LEE Zii Jia tidak menyertai program RTG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia tidak pernah mengharapkan undian mudah dalam Sukan Olimpik 2020 , sebaliknya melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi sebarang cabaran sepanjang temasya Tokyo itu berlangsung.

Perseorangan lelaki negara itu mungkin tidak menghadapi masalah untuk melepasi Kumpulan M yang turut dianggotai pemain berpengalaman Perancis, Brice Leverdez dan Artem Pochtarov dari Ukraine.

Begitupun cabaran yang menanti di pusingan kedua amat berliku kerana dia perlu berdepan juara bertahan, Cheng Long, manakala Shi Yuqi dijangka menanti di suku akhir. Kedua-dua pemain China tersebut sudah setahun tidak beraksi.

“Untuk menjadi pemain utama dunia saya perlu menentang siapa pun lawan dan tidak hanya berharap kepada undian mudah.

“Sebenarnya saya tidak sabar untuk melihat Chen Long dan Shi Yuqi beraksi kerana sudah lebih mereka tidak menyertai pertandingan akibat Covid-19. Mereka juga tidak mengalami kecederaan dan video lama tidak banyak membantu,” katanya.

SONIIA Cheah berdepan laluan berliku di peringkat kumpulan apabila diundi bersama bekas juara dunia, Ratchanok Intanon.

Sementara itu, Soniia Cheah yang berada dalam Kumpulan N, duduk bersama bekas juara dunia dan pilihan kelima, Ratchanok Intanon dari Thailand, selain pemain Hungary, Linda Sarosi.

Pemenang pingat perak Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying  diundi dalam Kumpulan D yang menempatkan pilihan kedua dari China, Wang Yi-lyu-Huang Dong Ping, selain pasangan Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich, dan gandingan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang membawa cabaran  beregu wanita pula mengintai kejutan ketika bertemu jaguh Jepun, Sayaka Hirota-Yuki Fukushima, Apriyani Rahayu-Greysia Polli (Indonesia) dan Lauren Smith-Chloe Birch (England) dalam Kumpulan A.

Dalam beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan bertemu berkas juara dunia, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan, Choi Solgyu-Song Seo Jae (Korea Selatan) dan Jason Anthony Ho-Shue-Nyl Yakura dalam Kumpulan D.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya